Monday 7 November 2011

MRT Elken

Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Elken ialah satu program pengurusan kesihatan yang komprehensif untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum. Program pengurusan kendiri untuk mencapai kehidupan sihat ini adalah berasaskan kajian holistik tentang aktiviti sel manusia yang dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1975. Pada tahun 1995, Elken mengembangkan MRT kepada 4 langkah yang berikut :

PEMAKANAN SEIMBANG

Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, tubuh kita memerlukan 46 nutrien perlu setiap hari untuk pertumbuhan, pembangunan, pemulihan dan fungsi-fungsi harian. Memandangkan fungsi-fungsinya saling berkait rapat, adalah penting untuk memastikan pengambilan harian yang seimbang.


Langkah 1 MRT Elken bertujuan mencegah dan memperbetulkan ketidakseimbangan pemakanan zaman moden dengan suplemen berkhasiat.


PENINGKATAN PENGAMBILAN OKSIGEN

Gaya hidup yang sibuk masa kini menyebabkan kita tidak ada masa untuk bersenam. Ditambah pula dengan pencemaran perindustrian, kita sering mengalami kekurangan pengambilan oksigen yang berkualiti tanpa disedari.


Langkah 2 MRT Elken membantu meningkatkan pengambilan oksigen melalui senaman (iaitu GuaMoxa) dan suplemen.


DETOKSIFIKASI

Tubuh kita perlu dinyahtoksik setiap hari. Jika tidak, makanan yang tidak dihadam dan tidak dapat diserap akan menjadi 'sisa toksik' yang meresap melalui dinding usus dan kemudiannya diserap semula ke dalam kapilari darah dan diedarkan ke seluruh tubuh.


Langkah 3 MRT Elken bertujuan untuk menyahtoksik tubuh kita secara semula jadi & berkesan.

PELARASAN KESIHATAN

Untuk mencapai kesihatan tubuh badan yang menyeluruh, langkah ke-4 program MRT Elken disepadukan dengan unsur-unsur Perubatan Alternatif dan Saling Melengkapi (CAM) untuk menyasarkan sistem organ tertentu di dalam tubuh manusia.


Langkah 4 menyasarkan kekurangan dalam sistem organ dan menawarkan suplemen pelengkap untuk membantu proses penyembuhan di bahagian-bahagian yang terjejas.








MRT ialah program 4 langkah yang menggalakkan proses penyembuhan semula jadi tubuh dengan menyasarkan punca penyakit pada peringkat selular.

Langkah 1 hingga 3 memfokuskan kepada kesihatan pada peringkat selular dan molekul, sementara langkah 4 menyasarkan sistem organ tertentu untuk pelarasan kesihatan yang menyeluruh.

No comments:

Post a Comment